Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

Catatan Yang Ditampilkan

Tempat terbaik bagi memulakan pelaburan emas

 Platform Pelaburan Emas Terbaik untuk Kejayaan Kewangan Anda ## Pengenalan Pelaburan emas telah menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang mencari kestabilan dan pertumbuhan dalam portfolio mereka. Dalam era digital ini, terdapat pelbagai platform pelaburan emas yang boleh membantu kita mencapai matlamat kewangan. Kami akan menjelajah lima platform terbaik yang dapat memberikan pengalaman pelaburan emas yang mantap. ## 1. GoldSilver ### Kelebihan: - **Pilihan Produk yang Pelbagai:** GoldSilver menawarkan pelbagai pilihan produk emas, termasuk jongkong, syiling, dan bar emas. - **Pemindahan Emas Fizikal:** Pelabur boleh meminta penghantaran emas fizikal sebagai pelaburan jangka panjang atau simpanan. ### Kekuatan: GoldSilver menonjol dengan sokongan pelanggan yang cemerlang dan ketelusan dalam harga . ## 2. Etiqa Ounces ### Kelebihan: - **Pelaburan Secara Atas Talian:** Etiqa Ounces menyediakan platform dalam talian yang mudah digunakan untuk memulakan pelaburan emas. - **Rujukan Pelabura

Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Kutu Rambut

  Pilihan 1: Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci. Pilihan 2: Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu. Pilihan 3: Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut. Pilihan 4: Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Petua Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang

  1. Berehat secepat mungkin. 2. Minum segelas kopi atau pun segelas air suam dicampur sedikit gula dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki. 3. Kemudian selimut tebal hingga berpeluh.

Petua Memakai Minyak Wangi

  1. Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. 2. Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru. 3. Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. 4. Minyak wangi boleh tahan lama selama 6 bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia boleh bertahan lebih lama lagi. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selam

Petua Untuk Mengatasi Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit

  Pilihan 1: Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa 2 hari, luka akan sembuh. Pilihan 2: Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit. Pilihan 2: Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Petua Untuk Menghilangkan Jerawat Batu

  1. Ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya. 2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu sampai lumat. 3. Bila sudah lumat, campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam. 4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata. 5. Picit jerawat batu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari dan elakkan daripada terkena kuku. 6. Apabila sudah selesai memicit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut. 7. Letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) pada bahagian jerawat yang telah dipicit. 8. Biarkan ia meresap di situ lebih kurang 5 minit. 9. Akhir sekali, cuci muka anda sekali lagi.

Petua Menggunakan Garam Mandi Untuk Kecantikan

  Garam bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian umumnya mengandungi 10 kali lebih konsentrasi mineral dibandingkan dengan garam biasa. Berendam dalam garam boleh membantu tubuh memperbaharui kandungan mineral dalam tubuh, menjaga metabolisme sel kulit, dan membuat anda terasa relaks. garam? 1. Campur 1/2 sudu teh garam kedalam segelas air mineral. Gunakan untuk membasuh mata yang keletihan. 2. Campurkan garam dengan baking soda dalam jumlah yang sama banyak. Ia berguna sebagai pencuci mulut (berkumur) untuk kesegaran nafas. 3. Campur satu teh garam dengan air panas untuk merendam kapas. Gunakan kapas untuk menjaram bahagian mata yang bengkak/sembap. 4. Rendam kaki yang keletihan dengan campuran air suam panas dengan segenggam garam. Basuh dengan air sejuk. Kaki akan terasa segar semula. 5. Masih dalam keadaan basah selepas mandi, urutkan tubuh, kaki dan tangan dengan garam. Hasilnya sel-sel mati akan terkeluar dan pusingan sel kulit akan me

Petua Untuk Mengatasi Gusi Berdarah

  Pilihan 1: Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama 3 hari berturut-turut. Pilihan 2: Rebus 2 helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumur. Amalkan setiap pagi dan malam.

Petua Untuk Merasa Makanan di Bulan Puasa

  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya. 2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Petua Untuk Melawaskan Kencing

  1. Ambil beberapa biji lobak putih, campur dengan batang kangkung bersama akarnya, direbus sekali. 2. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu. Sekiranya seseorang itu baharu hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah

  Pilihan 1: Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar. Pilihan 2: Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi. Pilihan 3: Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.