Catatan Yang Ditampilkan

Tempat terbaik bagi memulakan pelaburan emas

 Platform Pelaburan Emas Terbaik untuk Kejayaan Kewangan Anda ## Pengenalan Pelaburan emas telah menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang mencari kestabilan dan pertumbuhan dalam portfolio mereka. Dalam era digital ini, terdapat pelbagai platform pelaburan emas yang boleh membantu kita mencapai matlamat kewangan. Kami akan menjelajah lima platform terbaik yang dapat memberikan pengalaman pelaburan emas yang mantap. ## 1. GoldSilver ### Kelebihan: - **Pilihan Produk yang Pelbagai:** GoldSilver menawarkan pelbagai pilihan produk emas, termasuk jongkong, syiling, dan bar emas. - **Pemindahan Emas Fizikal:** Pelabur boleh meminta penghantaran emas fizikal sebagai pelaburan jangka panjang atau simpanan. ### Kekuatan: GoldSilver menonjol dengan sokongan pelanggan yang cemerlang dan ketelusan dalam harga . ## 2. Etiqa Ounces ### Kelebihan: - **Pelaburan Secara Atas Talian:** Etiqa Ounces menyediakan platform dalam talian yang mudah digunakan untuk memulakan pelaburan emas. - **Rujukan Pelabura

7 Petua Goreng Pisang Yang ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk.

“Sedap betul makan pisang goreng panas-panas ni. Saja aku beli lebih buat makan malam nanti. Kenapalah aku goreng tak rangup macam ni? Apa petua goreng pisang yang peniaga ni guna? Kalau tahu, bolehlah aku buat sendiri tiap-tiap minggu.”

Bukan senang nak mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan enak. Kalau jadi pun, sedap dimakan waktu panas saja. Lepas itu, mulalah ianya lembek dan berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga jalanan.

Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada di dapur anda.

petua-goreng-pisang-3

7 PETUA MERANGUPKAN GORENG PISANG WALAUPUN DAH SEJUK

Berikut adalah petua goreng pisang agar ianya tetap rangup dan garing walaupun disimpan buat beberapa lama.

1. GUNAKAN KAPUR MASAKAN
Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.

Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia tidak terlalu cair.

Foto Kredit: syanasaid.blogspot.my

2. MINYAK PANAS
Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.

Foto Kredit: colorandspices.com

3. GUNA TEPUNG PULUT
Biasa kita dengar bancuhan menggunakan tepung beras, bukan? Apa kata cuba pula bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam, dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan bolehlah menggoreng.

Foto Kredit: bm,thc.com.my
4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT
Cara seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Istimewa bukan? Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu merangupkan gorengan anda.

Cuma tambahkan sedkit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.

Foto Kredit: avogel.co.uk

5. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk merangupkan pisang goreng anda. Mudah saja, cuma campurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam, dan serbuk kunyit.

cara hilangkan gatal

6. MARJERIN / ‘BUTTER’
Selain bahan-bahan di atas, anda boleh juga mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau ‘butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan sedikit garam / gula.

petua goreng pisang

7. TEPUNG GORENG ‘INSTANT’
Di pasaran, ada dijual tepung goreng ‘instant’ seperti pisang goreng Adabi yang tertulis ‘cuma tambah air’. Walaupun rasanya agak sedap, tapi tak semuanya akan menjadi garing dan rangup apabila dimakan. Pernah juga ianya melekat dan lembek apabila siap dimasak.

Oleh itu, anda boleh tambahkan tepung gandum kepada tepung ‘instant’ tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan rangup!

 

petua goreng pisang

OLAH RESEPI IKUT CITARASA
Sebenarnya, ada banyak versi resepi tepung bancuhan dan petua goreng pisang yang boleh anda dapati melalui internet. Namun, cuba cari resepi yang menggunakan salah satu daripada 7 bahan ini kerana ia adalah bahan penting untuk menjadikan tepung bancuhan anda rangup dan garing.

Jadi, bolehlah dinikmati walaupun ianya sejuk nanti!

Sumber : SirapLimau



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2zZyZTV

Ulasan