Catatan Yang Ditampilkan

Tempat terbaik bagi memulakan pelaburan emas

 Platform Pelaburan Emas Terbaik untuk Kejayaan Kewangan Anda ## Pengenalan Pelaburan emas telah menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang mencari kestabilan dan pertumbuhan dalam portfolio mereka. Dalam era digital ini, terdapat pelbagai platform pelaburan emas yang boleh membantu kita mencapai matlamat kewangan. Kami akan menjelajah lima platform terbaik yang dapat memberikan pengalaman pelaburan emas yang mantap. ## 1. GoldSilver ### Kelebihan: - **Pilihan Produk yang Pelbagai:** GoldSilver menawarkan pelbagai pilihan produk emas, termasuk jongkong, syiling, dan bar emas. - **Pemindahan Emas Fizikal:** Pelabur boleh meminta penghantaran emas fizikal sebagai pelaburan jangka panjang atau simpanan. ### Kekuatan: GoldSilver menonjol dengan sokongan pelanggan yang cemerlang dan ketelusan dalam harga . ## 2. Etiqa Ounces ### Kelebihan: - **Pelaburan Secara Atas Talian:** Etiqa Ounces menyediakan platform dalam talian yang mudah digunakan untuk memulakan pelaburan emas. - **Rujukan Pelabura

[SAYU] “7 Bulan Tiada Tawaran Nyanyian” – Syura Gigih Cari Rezeki Demi Anak

Bintang GegarVaganza 4 (GV4), Syura Badron mendedahkan dirinya pernah menempuhi fasa sukar sebagai seorang penyanyi.

Sudah bertapak selama 16 tahun dalam dunia hiburan, Syura berusaha gigih dan menjadikan anak-anaknya sebagai sumber kekuatan.

“Pernah saya melalui fasa sukar dalam dunia nyanyian. Satu ketika dahulu, hampir tujuh bulan saya tidak menerima sebarang tawaran nyanyian. Namun begitu, rezeki itu tetap ada tetapi di bidang lain.

“Alhamdulillah, kebolehan memasak, pengalaman di Masterchef Selebriti dan ilmu dalam bidang kulinari yang saya pelajari di UNITAR dahulu tidak saya persiakan. Saya pula tidak boleh duduk diam sekiranya tiada tawaran nyanyian.

“Saya melibatkan diri dalam perniagaan makanan yang saya usahakan sendiri iaitu Bekal Mak Kita. Saya tidak akan putus semangat kerana anak-anak merupakan sumber kekuatan saya,” kata Syura.

Memegang status ibu tunggal kepada Nurul Dania Irdani, 10; Nurul Qaisara Sofia, 8 dan Muhammad Irfan Aryan, 6, Syura sangat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyertai GV4.

“Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami keadaan saya dan itu membuatkan saya rasa sangat bersyukur. Saya sangat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyertai GV4.

“Saya mahu jadikan GV4 ini sebagai batu loncatan untuk mencari rezeki demi anak-anak. Selain itu, saya juga mahu mengubati kerinduan untuk beraksi sebagai penyanyi.

“Jika sebelum ini, saya dikenali sebagai penyanyi yang sinonim dengan lagu Irama Malaysia, saya mahu mengubah persepsi itu. Saya mahu menjadi penyanyi serba boleh,” katanya lagi.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Tidak mahu orang ramai keliru mengenai status hubungannya bersama bekas suami, penyanyi Syura dan juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua mengakui bahawa dia kini sudah pun bercerai namun tidak mendedahkan perkara berkenaan bagi menjaga hati banyak pihak.

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian”.

 

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebearn. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya yang diceraikan talak dua oleh suaminya kepada BH Plus.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain yang serius untuk menjadikannya sebagai isteri dan bersedia menjadi ketua keluarga.



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2yZWy28

Ulasan