Catatan Yang Ditampilkan

Tempat terbaik bagi memulakan pelaburan emas

 Platform Pelaburan Emas Terbaik untuk Kejayaan Kewangan Anda ## Pengenalan Pelaburan emas telah menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang mencari kestabilan dan pertumbuhan dalam portfolio mereka. Dalam era digital ini, terdapat pelbagai platform pelaburan emas yang boleh membantu kita mencapai matlamat kewangan. Kami akan menjelajah lima platform terbaik yang dapat memberikan pengalaman pelaburan emas yang mantap. ## 1. GoldSilver ### Kelebihan: - **Pilihan Produk yang Pelbagai:** GoldSilver menawarkan pelbagai pilihan produk emas, termasuk jongkong, syiling, dan bar emas. - **Pemindahan Emas Fizikal:** Pelabur boleh meminta penghantaran emas fizikal sebagai pelaburan jangka panjang atau simpanan. ### Kekuatan: GoldSilver menonjol dengan sokongan pelanggan yang cemerlang dan ketelusan dalam harga . ## 2. Etiqa Ounces ### Kelebihan: - **Pelaburan Secara Atas Talian:** Etiqa Ounces menyediakan platform dalam talian yang mudah digunakan untuk memulakan pelaburan emas. - **Rujukan Pelabura

FAM kena denda RM127,000 akibat laungan anjing oleh penyokong

GARA-GARA perkataan “anjing” yang dilaungkan oleh penyokong pasukan Malaysia kepada penyokong dari Singapura dan Brunei, semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 tempoh hari, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dikenakan denda sebanyak USD30,000 (RM127,000) lapor sumber berita Singapura.

Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dilapor telah mengenakan hukuman denda berjumlah USD15,000 (RM63,502) bagi setiap kesalahan yang telah dilakukan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali semasa perlawanan Brunei menentang Malaysia pada 14 Ogos dan semasa Singapura berdepan dengan Malaysia dua hari kemudian menurut AFC.

Laman sesawang rasmi AFC mendedahkan antara laungan yang dinyanyikan penyokong Malaysia termasuk “kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Brunei patut dibunuh,” ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi laungan yang didedahkan oleh AFC ialah ketika Malaysia menentang Singapura — “kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Singapura patut dibunuh,”.

FAM turut didenda bagi kesalahan ketiga, akibat tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di Stadium sama, pada 26 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, FAM diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD7,500 (RM31,717) akibat melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama Artikel 64.1 Kod Tatatertib Etika AFC.

Seterusnya, FAM turut didenda atas tindakan penyokong yang membaling antara 50 hingga 60 botol minuman ke dalam padang ketika perlawanan peringkat kumpulan B antara Indonesia dan Kemboja.

FAM selaku penganjur telah didenda sebanyak USD5,000 (RM21,145) bagi kesalahan membawa kepada jumlah keseluruhan denda yang dikenakan kepada USD42,500 (179,732).
Lelaki dedah punca rogol ibunya sendiri
Seorang lelaki di United Kingdom mendakwa merogol ibunya sendiri kerana tekanan dituduh merogol teman wanitanya dipenjara selama 15 tahun.

Pemuda berusia 29 tahun tersebut membuat pendedahan bahawa pengaruh dadah menyebabkan dia bertindak melakukan serangan ke atas ibunya.

Malah dia turut mendedahkan pengambilan bahan terlarang itu disebabkan tuduhan serangan seksual ke atas teman wanitanya selain kekasihnya itu curang.

Dalam kejadian itu, dia mengancam ibunya menggunakan pemutar skru.

Di sebuah mahkamah di Liverpool, lelaki itu didapati bersalah merogol teman wanitanya.

Pendengaran kes pada Isnin mendapati dia menyerang kekasihnya dengan memukul di muka mangsa sebanyak tiga kali sebelum menendangnya.

Tekanan akibat tuduhan itu mempengaruhi suspek untuk terus melakukan serangan seksual.

Semasa tempoh diikat jamin, dia bertindak merogol ibunya dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 4 pagi, selepas mabuk dan mengambil dadah.

Lelaki kemudiannya didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan pada badan, rogol dan serangan seksual. – Mirror

Kanak-kanak perempuan dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan dengan senjata tajam

MUAR: Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya./sinarharian



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2z2N2so

Ulasan