Catatan Yang Ditampilkan

Tempat terbaik bagi memulakan pelaburan emas

 Platform Pelaburan Emas Terbaik untuk Kejayaan Kewangan Anda ## Pengenalan Pelaburan emas telah menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang mencari kestabilan dan pertumbuhan dalam portfolio mereka. Dalam era digital ini, terdapat pelbagai platform pelaburan emas yang boleh membantu kita mencapai matlamat kewangan. Kami akan menjelajah lima platform terbaik yang dapat memberikan pengalaman pelaburan emas yang mantap. ## 1. GoldSilver ### Kelebihan: - **Pilihan Produk yang Pelbagai:** GoldSilver menawarkan pelbagai pilihan produk emas, termasuk jongkong, syiling, dan bar emas. - **Pemindahan Emas Fizikal:** Pelabur boleh meminta penghantaran emas fizikal sebagai pelaburan jangka panjang atau simpanan. ### Kekuatan: GoldSilver menonjol dengan sokongan pelanggan yang cemerlang dan ketelusan dalam harga . ## 2. Etiqa Ounces ### Kelebihan: - **Pelaburan Secara Atas Talian:** Etiqa Ounces menyediakan platform dalam talian yang mudah digunakan untuk memulakan pelaburan emas. - **Rujukan Pelabura

Atas Bawah Atas Bawah Chef Wan Tengok Dato Seri Vida, Haha

“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida),” itulah yang dinyatakan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terhadap usahawan Datuk Seri Vida.

Chef selebriti terkenal itu berkata dia mengagumi semangat yang ada pada Vida dan tidak pernah berasa iri hati dengan kejayaan wanita tersebut.

“Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga,” tulisnya dalam ruangan akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Chef Wan pernah mengeluarkan pendapat yang agak lantang mengenai penamilan Vida selaku penaja program televisyen.

Antaranya, Chef Wan megecam tindakan Vida yang gemar menayangkan kemewahan di laman sosial.

Chef Wan turut mengakui hanya bergurau dengan Vida pada malam siaran langsung Konsert Gegar Vaganza hujung minggu lalu.

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

“Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” seloroh Chef Wan.

–>How is your knee performance- Ayat padu Dato Vida buat Chef Wan terkedu……<–

Beliau juga berharap apa yang telah berlaku antara dia dan Vida menjadi pengajaran dan tidak perlu dikenang lagi.

Malah, dia memilih untuk memaafkan dan tidak mahu terus berdrama.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

“Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” ujarnya.

Video yang dimuat naik itu mendapat tontonan 67,125 dan pengikut chef selebriti bersetuju dengan luahan tersebut.

Image result for chef wan melamar dato vida

Anda lihat apa yang berlaku selepas itu. Atas bawah atas bawah Chef Wan tengok Dato Vida. Ya Allah terbeliak besar la segala permata DS Vida pakai ini.Betul ke all this are precious stones atau pun fake.Nak tengok dekat la….Org pun selalu tanya i tau..Mak2 Datin..Datin2 Seri dan Puan Sri semua.Selama ini i cannot answer them if its real or not atau pun she just bullshitting! So tu yg saya telek…atas bawah…atas bawah..memang nampak mcm betul la. But they are not that top quality ruby la..dengar Ku Putih i pecah lubang mampus dia kutuk i lagi.

 

Seolah-olah bergaduh, Prof Datuk Chef Wan masih tidak berputus asa untuk mengkritik. Jadi apa yang anda fikir orang harus bercinta? Apa yang dikatakan oleh orang tu, benci untuk cinta lama?

Sumber: Media serious via kecohsangat.com

Baca selanjutnya………..

SAH ! AKHIRNYA DATUK VIDA NEKAD BUAT TINDAKAN MENGEJUT PADA IQBAL LEPAS SIKAP ‘SEBENAR’ TERBONGKAR

SAH ! Akhirnya Datuk Vida Nekad Buat Tindakan MENGEJUT Pada Iqbal Lepas Sikap 'SEBENAR' Terbongkar

Kita boleh lihat Iqbal ini seperti melebih-lebih dalam gossip ini sedangkan Datuk Vida cuma menganggap beliau tidak lebih dari seorang pekerja dan pembantu peribadinya.

Hinggakan ibunya sendiri di bawa ke dalam kontroversi ini. Mungkin disebabkan beliau masih baru dalam dunia hiburan, sebab itu nampak beria hendakkan popularitu.

Kontroversi cinta yang melanda jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya menemui penyelesaian.

Image result for vida dan iqbal

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu ke jabatan pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.

Kata Vida, isu yang terpalit antara dirinya dengan jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu telah membuatkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar.

Desas-desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan pada minggu lalu apabila anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik paparan skrin gosip percintaan ibunya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.

Image result for vida dan iqbal

Gosip mengenai hubungan mereka dikuatkan lagi apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka tersebut tidak menolak andai dijodohkan dengan Vida.

Ahmad Iqbal (kanan) merupakan pegawai media dan pembantu peribadi Vida sejak Jun lalu.
“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.

“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Vida, pertukaran Ahmad Iqbal ke jabatan baharu tersebut bukan dipengaruhi oleh posting yang dimuat naik oleh anak perempuannya yang popular dengan nama panggilan Cik B.

Vida juga tidak menafikan berasa tersinggung apabila ada pihak yang beranggapan lelaki yang ingin mendampinginya tiada niat lain selain wang dan harta.

Image result for vida dan iqbal

“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.

“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” katanya yang kini berada di Brunei atas urusan perniagaan.

 

Jom layan I Am Me…….

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Ulasan